Memperkenalkan Program BM Sepenuh Masa

Memperkenalkan Program BM

Latar belakang Sejarah
Impian untuk memulakan pendidikan teologi dalam BM telah wujud sejak tertubuhnya STM pada tahun 1979. Perkara ini dibincangkan dan dipertimbangkan oleh Majlis STM dari masa ke semasa selaras dengan perubahan dan perkembangan dalam negara. Impian ini tidak pernah luput dari hati mereka dan akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2013 bila STM melancarkan TEE BM dengan program Sijil Pelayanan Kristian di CTEE, Luther Centre, Petaling Jaya. Peristiwa bersejarah ini dirayakan dengan satu kebaktian perasmian di mana Bisyop Ong Hwai Teik memberi satu renungan pendek. Sejak itu dua lagi pusat telah ditubuhkan, iaitu di Kampar, Perak dan di Kampus STM. Program di Seremban adalah khususnya untuk membantu para pastor dan pekerja gereja mendapat pendidikan dan latihan teologi yang berterusan supaya mereka dapat melayani dengan lebih berkesan.

Tujuan
Kami bertujuan untuk memberi latihan yang menyeluruh yang akan membentuk hati, fikiran dan kemahiran pelajar supaya mereka dapat membantu membina jemaah dalam iman demi kemuliaan Allah.

Program Sepenuh Masa
Memang dalam rancangan STM untuk mengadakan program sepenuh masa bagi memesatkan lagi tugas melatih dan melengkapkan hamba-hamba Tuhan. Oleh itu, kami dengan penuh sukacita mengumumkan bahawa mulai Januari 2018, STM akan melaksanakan ini di Kampus STM. Program-program yang ditawarkan adalah Sijil Pelayanan Kristian, Diploma Pelayanan Kristian dan Sarjana Muda Teologi. Kami berharap ramai akan mengambil kesempatan ini untuk mendapat latihan dan membawa berkat kepada gereja di Malaysia.


Kelayakan

Pelajar yang membuat permohonan mestilah:

  • Seorang Kristian dan mempunyai hubungan yang baik dengan gereja setempat dan telah mencapai umur 20 tahun ketika memulakan kursus tahun pertama;
  • Mempunyai dua tahun pengalaman bekerja;
  • Lulus Bahasa Malaysia atau mempunyai kemahiran Bahasa Malaysia yang memuaskan.
  • Pelajar yang tidak memenuhi kelayakan ini mungkin akan diminta untuk mengikuti kelas pemulihan selepas ditentukan oleh Dekan Pengajian.
  • Mempunyai surat sokongan dari pastor/ paderi gereja setempat atau Bisyop/ Presiden denominasi.


A) Sijil Pelayanan Kristian

  • Syarat kemasukan akademik:
  • SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Mempunyai agregat 30 mata atau kurang dalam 5 mata pelajaran terbaik SPM;
  • Jam kredit yang diperlukan untuk tamat program adalah 30.


B) Diploma Pelayanan Kristian

  • Syarat kemasukan akademik:
  • Sijil Pelayanan Kristian;
  • Jam kredit yang diperlukan untuk tamat program adalah 60.


C) Sarjana Muda Teologi

  • Syarat kemasukan akademik:
  • Diploma Pelayanan Kristian;
  • Jumlah jam kredit yang diperlukan untuk tamat program ialah 120.


Kategori pelajar matang
Kategori pelajar matang adalah untuk pelajar yang tiada kelayakan akademik yang diperlukan tetapi telah mencapai umur 30 tahun dan ke atas ketika memohon untuk memasuki seminari. Di bawah kategori ini, seseorang boleh mendaftarkan diri untuk mengikuti program Sarjana Muda Teologi tetapi harus mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperlukan untuk mendapat ijazah.

Syarat tamat program
PNGK untuk tamat program Sijil dan Diploma ialah 2.0 ke atas dan untuk BTh ialah 2.5 ke atas. Tempoh pengajian lazim untuk menamatkan program sepenuh masa Sijil Pelayanan Kristian adalah 1 tahun, Diploma Pelayanan Kristian adalah 2 tahun dan Sarjana Muda Teologi adalah 4 tahun. Dalam keadaan lain, Dekan Pengajian yang akan mempertimbangkan berdasarkan kes demi kes.

Cara untuk memohon
Pelajar boleh melayari laman web seminari untuk maklumat lanjut tentang tarikh tutup permohonan dan juga untuk memuat turun borang permohonan. Laman web seminari: http://www.stm.edu.my
Untuk maklumat lanjut, sila tulis kepada Pejabat Akademik menggunakan emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.